Jawaban Kedua Dr. Mahathir terhadap PPSMI: Sangkalan Kedua Shaharir
Ini jawaban Dr. Mahathir pada 5 januari 2009 terhadap ulasan ramai pihak, katanya, terhadap pandangan pertamanya (dalam blognya pada pertengahan tahun 2008 dahulu) tentang isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (yang kini dikenali sebagai PPSMI). Namun, beliau nampaknya tidak menjawab balik satu pun akan sangkalan balas saya terhadap pandangan pertama beliau dahulu itu yang saya pos kepada blog beliau dan saya siarkan juga dalam laman saya, komshaha, dan ternyata banyak juga disiarkan di dalam laman atau blog yang lain lagi seperti kesturi atau asasi, perihatin dan pkpim. Ini bermakna Dr. Mahathir sengaja tidak mahu menjawab balik jawaban saya dahulu. Kini, ternyata beliau lari daripada beberapa tujuan asalnya beliau memperkenalkan PPSMI dahulu, di samping banyak yang beliau mengulangi perkara yang sama yang agak memualkan, lebih-lebih lagi isu itu sudah saya jawab untuk dijawab balik oleh beliau. Apa pun “jawaban beliau” ini saya siarkan semula di bawah ini bagi memudahkan pembaca melihat konteks sangkalan balas saya satu persatunya pula. Bilangan bermula dengan 22 itu adalah bilangan asalnya kerana bilangan sebelumnya, bilangan 1 hingga 21, ialah jawaban beliau kepada perkara lain yang tiada kena mengena dengan PPSMI.
Jawaban Mahathir 22-39
22. Saya ucap terimakasih kepada Cikgu Dari Ulu yang belajar sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sekarang menjadi guru sains dalam bahasa Melayu juga.
Jawaban Shaharir:
Saya ingin ikut memberi tahniah kpd guru ini kerana meneruskan tradisi menegakkan bahasa sendiri selama puluhan tahun ini!
23. Namun saudara sokong penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.
Jawaban Shaharir:
Apakah hujah Cikgu Dari Ulu ini yang menyebabkan Cikgu ini menyokong PPSMI pula sehingga Dr. Mahathir mengambilnya sebagai ikon guru sains Melayu abad ke-21 ini? Mungkinkah hanya kerana “MUDAHNYA IKUT KETUA” sahaja?
Apa ada pada kisah Cikgu Dari Ulu ini? Sebenarnya, sejak PPSMI ini dilaksanakan, beberapa tinjauan telah dibuat terhadap para guru Melayu sains dan matematik sekolah dan mendapati jumhurnya (sebahagian besarnya) tidak bersetuju dengan PPSMI. Tinjauan TV7 pada tahun 2007 dalam tempoh setengah jam ruangan beritanya juga menunjukkan hampir 70% tidak bersetuju dengan PPSMI. Dalam Persidangan Meja Bulat ketiga yang terakhir yang saya ditakdirkan dapat hadir (tidak diundang) saya dapat anggarkan daripada yang dibenarkan bercakap (ditunjuk atau diatur terlebih dahulu) lebih 70% menyatakan tidak bersetujunya dengan penerusan PPSMI, tetapi hakikat ini sengaja dipengap, sedangkan hadirinnya semuanya atas nama BBK (badan bukan kerajaan) yang rasanya sudah dipilih-pilih kerana beberapa persatuan sains dan matematik yang jelas menentang PPSMI seperti Persatauan Sains Matematik Malaysia, Persatuan Fizik Keadaan Pepejal Malaysia, dan Akademi Sains Islam Malaysia tidak pun diundang. Sepatutnya Dr. Mahathir memaparkan statistik-statistik sebegini bukan dengan memilih individu untuk “naik rumah” dengan PPSMI ini. Seseorang dengan mudah sahaja dapat menonjolkan seorang guru pakar sains atau matematik sekolah yang menyokong PPSMI dimansuhkan serta merta! Apa hebatnya Cikgu Dari Ulu itu? Saya telah mendapat sekitar 75% para profesor “sains dan matematik” di universiti untuk menandatangani dalam sebuah memorandum menentang PPSMI dan memorandum ini telah dihantar kepada Dr. Mahathir dan Menteri Pelajaran ketika itu pada awal ura-ura pelaksanaan PPSMI dahulu tetapi malangnya tiada akhbar yang mahu menyiarkannya! Apa hebatnya Cikgu Dari Ulu itu?! Sekarang seluruh ahli parti PR, dan sebahagian besar komponen BN (GERAKAN dan MCA) serta rasanya jumhur senyap UMNO tidak bersetuju dengan PPSMI, yang menunjukkan sebenarnya jumhur rakyat Malaysia tidak mahu PPSMI diteruskan. Apalah kekuatan yang ada pada seorang Cikgu Dari Ulu ini! Kajian empirik yang dilakukan oleh kumpulan Prof. Ishak Haron di UPSI (pakar pendidikan matematik), kumpulan Dr. Nurhashimah di UKM (pakar bahasa) dan Kumpulan Prof. Juriah (ahli pendidikan) di UKM (pakar pendidikan), Prof. Ratnawati & Prof Ismail (pakar pendidikan UIA), dan kumpulan PEMBINA (yang keahliannya termasuklah mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Timbalan Pengarah jawatan itu serta mantan Guru Besar dan 50 orang ahli akademik dari 7 buah universiti; difahami penyelidikannya diminta/ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri!) setiap satunya menunjukkan kegagalan PPSMI daripada mencapai hasratnya yang murni (meningkatkan kefahaman pelajar dalam sains dan matematik dan meningkatkan kefasihan pelajar berbahasa Inggeris). Kajian apa yang ada pada Cikgu Dari Ulu yang menawan hati Dr. Mahathir (dan tentunya kerajaan BN-UMNO?). Tidak hairanlah rata-rata rakyat menuduh Dr. Mahathir dan pemimpin besar UMNO ada “kepentingan lain” yang mengatasi segala kerasionalan itulah yang menyebabkan mereka tetap mahu meneruskan dasar PPSMI ini.
24. Ya. Program ini bukan untuk memusnahkan identiti bangsa Melayu.
Ini jawaban Dr. Mahathir pada 5 januari 2009 terhadap ulasan ramai pihak, katanya, terhadap pandangan pertamanya (dalam blognya pada pertengahan tahun 2008 dahulu) tentang isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (yang kini dikenali sebagai PPSMI). Namun, beliau nampaknya tidak menjawab balik satu pun akan sangkalan balas saya terhadap pandangan pertama beliau dahulu itu yang saya pos kepada blog beliau dan saya siarkan juga dalam laman saya, komshaha, dan ternyata banyak juga disiarkan di dalam laman atau blog yang lain lagi seperti kesturi atau asasi, perihatin dan pkpim. Ini bermakna Dr. Mahathir sengaja tidak mahu menjawab balik jawaban saya dahulu. Kini, ternyata beliau lari daripada beberapa tujuan asalnya beliau memperkenalkan PPSMI dahulu, di samping banyak yang beliau mengulangi perkara yang sama yang agak memualkan, lebih-lebih lagi isu itu sudah saya jawab untuk dijawab balik oleh beliau. Apa pun “jawaban beliau” ini saya siarkan semula di bawah ini bagi memudahkan pembaca melihat konteks sangkalan balas saya satu persatunya pula. Bilangan bermula dengan 22 itu adalah bilangan asalnya kerana bilangan sebelumnya, bilangan 1 hingga 21, ialah jawaban beliau kepada perkara lain yang tiada kena mengena dengan PPSMI.
Jawaban Mahathir 22-39
22. Saya ucap terimakasih kepada Cikgu Dari Ulu yang belajar sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sekarang menjadi guru sains dalam bahasa Melayu juga.
Jawaban Shaharir:
Saya ingin ikut memberi tahniah kpd guru ini kerana meneruskan tradisi menegakkan bahasa sendiri selama puluhan tahun ini!
23. Namun saudara sokong penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.
Jawaban Shaharir:
Apakah hujah Cikgu Dari Ulu ini yang menyebabkan Cikgu ini menyokong PPSMI pula sehingga Dr. Mahathir mengambilnya sebagai ikon guru sains Melayu abad ke-21 ini? Mungkinkah hanya kerana “MUDAHNYA IKUT KETUA” sahaja?
Apa ada pada kisah Cikgu Dari Ulu ini? Sebenarnya, sejak PPSMI ini dilaksanakan, beberapa tinjauan telah dibuat terhadap para guru Melayu sains dan matematik sekolah dan mendapati jumhurnya (sebahagian besarnya) tidak bersetuju dengan PPSMI. Tinjauan TV7 pada tahun 2007 dalam tempoh setengah jam ruangan beritanya juga menunjukkan hampir 70% tidak bersetuju dengan PPSMI. Dalam Persidangan Meja Bulat ketiga yang terakhir yang saya ditakdirkan dapat hadir (tidak diundang) saya dapat anggarkan daripada yang dibenarkan bercakap (ditunjuk atau diatur terlebih dahulu) lebih 70% menyatakan tidak bersetujunya dengan penerusan PPSMI, tetapi hakikat ini sengaja dipengap, sedangkan hadirinnya semuanya atas nama BBK (badan bukan kerajaan) yang rasanya sudah dipilih-pilih kerana beberapa persatuan sains dan matematik yang jelas menentang PPSMI seperti Persatauan Sains Matematik Malaysia, Persatuan Fizik Keadaan Pepejal Malaysia, dan Akademi Sains Islam Malaysia tidak pun diundang. Sepatutnya Dr. Mahathir memaparkan statistik-statistik sebegini bukan dengan memilih individu untuk “naik rumah” dengan PPSMI ini. Seseorang dengan mudah sahaja dapat menonjolkan seorang guru pakar sains atau matematik sekolah yang menyokong PPSMI dimansuhkan serta merta! Apa hebatnya Cikgu Dari Ulu itu? Saya telah mendapat sekitar 75% para profesor “sains dan matematik” di universiti untuk menandatangani dalam sebuah memorandum menentang PPSMI dan memorandum ini telah dihantar kepada Dr. Mahathir dan Menteri Pelajaran ketika itu pada awal ura-ura pelaksanaan PPSMI dahulu tetapi malangnya tiada akhbar yang mahu menyiarkannya! Apa hebatnya Cikgu Dari Ulu itu?! Sekarang seluruh ahli parti PR, dan sebahagian besar komponen BN (GERAKAN dan MCA) serta rasanya jumhur senyap UMNO tidak bersetuju dengan PPSMI, yang menunjukkan sebenarnya jumhur rakyat Malaysia tidak mahu PPSMI diteruskan. Apalah kekuatan yang ada pada seorang Cikgu Dari Ulu ini! Kajian empirik yang dilakukan oleh kumpulan Prof. Ishak Haron di UPSI (pakar pendidikan matematik), kumpulan Dr. Nurhashimah di UKM (pakar bahasa) dan Kumpulan Prof. Juriah (ahli pendidikan) di UKM (pakar pendidikan), Prof. Ratnawati & Prof Ismail (pakar pendidikan UIA), dan kumpulan PEMBINA (yang keahliannya termasuklah mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Timbalan Pengarah jawatan itu serta mantan Guru Besar dan 50 orang ahli akademik dari 7 buah universiti; difahami penyelidikannya diminta/ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri!) setiap satunya menunjukkan kegagalan PPSMI daripada mencapai hasratnya yang murni (meningkatkan kefahaman pelajar dalam sains dan matematik dan meningkatkan kefasihan pelajar berbahasa Inggeris). Kajian apa yang ada pada Cikgu Dari Ulu yang menawan hati Dr. Mahathir (dan tentunya kerajaan BN-UMNO?). Tidak hairanlah rata-rata rakyat menuduh Dr. Mahathir dan pemimpin besar UMNO ada “kepentingan lain” yang mengatasi segala kerasionalan itulah yang menyebabkan mereka tetap mahu meneruskan dasar PPSMI ini.
24. Ya. Program ini bukan untuk memusnahkan identiti bangsa Melayu.
Jawaban Shaharir:
Baiklah, saya nak dengar hujahnya dahulu.
25. Saya sebenarnya mendapat pelajaran dari sekolah rendah hingga ke Universiti (perubatan) dalam Bahasa Inggeris.
Jawaban Shaharir:
Wah ! Hebat… memang hebat. Masa itu tentu hanya beberapa kerat sahaja yang mencapai pendidikan ke peringkat universiti dalam bidang itu. Tidakkah beliau terfikir kenapa demikian terutamanya jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar-pelajar di aliran Melayu sejak tahun 1959 di bawah dasar pendidikan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu). Adakah dia merasakan kepandaiannya dalam mengubat pesakit lebih hebat daripada doktor-doktor Melayu yang beroleh ilmu itu menerusi bahasa Melayu? Kalau demikian adakah juga beliau merasakan doktor-doktor yang berpendidikan dalam bahasa Inggeris di mana sahaja dalam dunia ini lebih pandai daripada doktor di negara-negar di Eropah yang bahasa pengantarnya bukan dalam bahasa Inggeris, doktor di Rusia, di Italia, di negara-negara di Eropah, di Tiongkok, Korea dan Jepun? Kalau itu perasaannya maka memanglah beliau perasan sahaja dan sekaligus beliau sebenarnya selama ini bukan sahaja menghina bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain seluruh dunia! Pemimpin Inggeris sekalipun tidak berpendirian begini! Rakyat Malaysia patut merasa Malu, sedih dan kecewa berpemimpinkan beliau selama ini.
26. Saya fikir saya masih boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, walaupun tidak sebaik seperti pakar bahasa.
Jawaban Shaharir:
Ya.. Ya.. Benarlah Dr. Mahathir memang petah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Pakar bahasa di mana pun dalam dunia ini tidak semestinya petah berbicara (terutamanya berbanding dengan ahli politik) tetapi kemungkinan besarnya mereka ini berfikiran dan berpendirian yang jauh lebih betul daripada ahli politik seperti Dr. Mahathir ini dalam hal bahasa. Persoalan yang kita harus perbahaskan bukannya peribadi Dr.Mahathir, atau wajarkah Dr. Mahathir membuat dasar PPSMI hanya berdasarkan kepada dirinya sendiri sahaja; tetapi adakah wujud kewajaran lain? Persoalan terakhir itulah yang akan bicara lagi di bawah ini ketika menyanggah setiap ulasan Dr. Mahathir nanti.
27. Adat resam dan budaya saya adalah adat resam dan budaya Melayu.
Jawaban Shaharir:
Yakah?
28. Saya percaya saya diterima sebagai Melayu.
Jawaban Shaharir kepada ulasan Mahathir 26-28:
Kenapa Dr. Mahathir begitu berpusatkan dirinya lagi? Baiklah… maaflah saya terheret kepada isu beliau juga di sini. Jikalau berdasarkan penilaian orang Melayu secara kepartian sahaja pun, sekurang-kurangnya separuh daripada orang Melayu tidak menerima bentuk “adat resam dan budaya Melayu” yang dibawanya dan diperjuangkan selama ini menerusi kepemimpinannya itu dan secara tak langsung puak Melayu ini menolak keMelayuan Dr. Mahathir itu!
28. Saya percaya saya diterima sebagai Melayu.
Jawaban Shaharir kepada ulasan Mahathir 26-28:
Kenapa Dr. Mahathir begitu berpusatkan dirinya lagi? Baiklah… maaflah saya terheret kepada isu beliau juga di sini. Jikalau berdasarkan penilaian orang Melayu secara kepartian sahaja pun, sekurang-kurangnya separuh daripada orang Melayu tidak menerima bentuk “adat resam dan budaya Melayu” yang dibawanya dan diperjuangkan selama ini menerusi kepemimpinannya itu dan secara tak langsung puak Melayu ini menolak keMelayuan Dr. Mahathir itu!
Tak apa… katalah memang kepercayaan Dr. Mahathir itu benar!
Namun begitu pun, alangkah jengkelnya berhujah dengan menggunakan contoh diri sendiri sahaja. Isu yang dibicarakan bukan isu individu, atau kesan terhadap beberapa orang individu. Isunya, isu kelompok manusia, isu umat, isu bangsa. Isunya, adakah pendidikan dalam bahasa apa pun tidak mempengaruhi sahsiah, pandangan hidup, sistem kepercayaan dan cara hidup seseorang itu pada amnya. Istilahnya Pada amnya! Pada am di sini maksudnya jumhur/majoriti besar daripada individu dalam sesuatu sampel. Dalam hal ini, bolehkah Dr. Mahathir menunjukkan daripada seribu orang, umpamanya, orang yang berpendidikan sepertinya dahulu itu didapati ada 800 orang sepertinya? Contoh yang lebih susah difahami agaknya tetapi lebih boleh menunjukkan isunya ialah tentang hokum fizik berikut. Apabila ahli fizik mengatakan “jika seseorang menghayunkan bebola sebuah sistem ladung, maka ladung itu bergerak kiri-kanan dengan kalaan yang berkadaran dengan punca kuasa dua panjang tali ladung itu”, ini tidak bermakna setiap orang dan setiap kali seseorang melakukan ujikaji sebegini akan menerbitkan hasil yang sama. Ini hukum fizik! Apatah lagi dengan hukum sosial atau hukum kemanusiaan seperti dalam pendidikan yang menjadi mauduk kita ini. Kalaupun betul pengalaman individu yang hebat seperti yang dialami oleh Dr. Mahathir itu (ini pun akan dibicarakan lagi) amatlah salah bagi sesiapa pun membuat kesimpulan bahawa sekelompok besar manusia Melayu yang mengalami sistem pendidikan yang sama seperti beliau itu (maksudnya dalam bahasa Inggeris sejak sekolah rendah) akan sebahagian besarnya berakhir seperti yang terjadi kepada Dr. Mahathir itu.
Rata-rata setiap orang ada sedikit kepercayaan bahawa perangai seseorang bergantung kepada cara didikan ibu-bapanya, malah ada hadis terkenal yang menegaskan ibu-bapalah yang menentukan Yahudi atau Majusinya seseorang anaknya. Namun kita selalu terjumpa juga anak daripada keluarga yang perangainya “macam setan” begitu bagus perangainya! Begitu juga sebaliknya. Pun begitu, tiada siapa pun yang mahu mengubah pandangan umum bahawa ibu-bapalah yang menentukan perangai anak. Kepercayaan yang semacam inilah yang mendorong sarjana dalam pendidikan berteori dan membuat hipotesis serta ujikaji dan keputusan yang diperoleh ialah, pada amanya, memang dipersetuju bahawa kurikulum, buku-buku yang dibaca, media yang dibaca atau ditonton, terutamanya di peringkat awalnya (peringkat sekolah), berperanan besar dalam menentukan pembawaan diri seseorang itu.
Memang isu “tabii lawan asuhi”, “semula jadi lawan budi”, “genetik lawan didik ”, “baka lawan pelihara”, “azali lawan ajari”, atau “qadha’ dan qadar” masih belum terlerai sepenuhnya terutamanya di kalangan sarjana “liberal” (liberal dalam erti kata “bebas drp kongkongan agama” seperti pada kebanyakan para sarjana Barat). Bagi mereka yang beragama terutamanya, mereka amat percaya kepada peranan pendidikan: mereka percaya jenis didikan itulah yang menentukan cara hidup seseorang itu. Mungkin saki-baki kepercayaan Mahathir kepada genetik yang begitu dipercayainya pada masa beliau menulis “Dilema Melayu” (asalnya dalam bahasa Inggeris, The Malay Dilemma) masih mengalir dalam darahnya sehingga dia tidak percaya kepada perkara ini!
Sekarang bolehlah kita kembali sedikit kepada isu peribadi Dr. Mahathir yang dia sendiri beria-ia membawanya. Mengikut perlembagaan kita, keMelayuan seseorang itu disukat sejauh mana dia menggunakan bahasa Melayu, sekurang-kurangnya di rumahnya, dan sejauh mana pula dia menghayati kebudayaan Melayu. Sejauh mana Dr. Mahathir menggunakan bahasa Melayu di rumahnya memang dia saja yang boleh beri tahu kita. Kita harap dia memang menghayati bahasa Melayu di rumah. Kalau tidak dia memang gagal di situ sahaja. Berkenaan “kebudayaan Melayu” bukan sekadar pakaian hari Jumaat atau hari-hari kebesaran dan rasmi-rasmian sahaja, tetapi pemikirannya, wawasannya, pandangan hidupnya dan sebagainya yang bagi Dr. Mahathir memang boleh dinilai menerusi tulisan, ucapannya, dan dasar-dasarnya sebagai pemimpin Malaysia selama sekitar 3 dasawarsa itu, daripada sudut orang Melayu. Pada amnya ramailah pemerhati melihat Dr. Mahathir, dari segi penghayatan kebudayaan beliau yang dimaksudkan di atas itu amatlah sukar diterima secara bulat-bulat seperti yang beliau ingini itu, iaitu “keMelayuannya tetap mewakili norma keMelayuan orang Melayu”. Namun bukan di sinilah tempatnya kita membicarakannya, (Institut pemikirannya yang patut melakukan kajian ini), walaupun sedikit sebanyaknya perkara ini terpalit juga. Setelah pembaca habis mentelaah sanggahan saya ini maka diharapkan pembaca bolehlah menilai tahap keMelayuan Dr. Mahathir itu.
29. Jelas menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris tidak menjadikan saya kurang Melayu.
Jawaban Shaharir:
Ini sudah diperkatakan di atas, iaitu bergantung kepada siapa yang menilai! Tak usahlah kita berpolemik tentang diri sendiri lebih-lebih lagi menggunakan perkataan “jelas” tanpa hujah yang “jelas” pula. Kita perlu bercakap secara umum, tentang umat keseluruhannya!
Kalau bercakap secara umum itu,secara umat eseluruhannya, maka sebaliknyalah yang berlaku, iaitu bukan “saya” atau Dr. Mahathir tetapi seluruh umat Melayu menjadi kurang Melayunya dalam dua aspek kebudayaannya. Pertamanya, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan membawa nilai-nilai bahasa Inggeris itu (menerusi unsur sains mengikut kefahaman orang-orang Inggeris) yang dijelaskan lagi di bawah ini. Yang keduanya, sains dan matematik masih belum ada ciri-ciri keMelayuannya yang cukup (walaupun sudah ada bibitnya sejak ditabur selama 30 tahun ini) boleh mendekatkan ilmu-ilmu itu dengan jiwa-jiwa Melayu. Ini disebabkan oleh belum cukup ada penyumbang sains dan matematik bangsa Melayu yang mempertimbangkan bahasa dan kebudayaannya untuk dijadikan asas kritikan dan inovasi ilmu yang sedia ada ini. Tidak demikian dengan bangsa Inggeris (atau bangsa-bangsa yang maju lain) mereka ada sebahagian identitinya dalam sains dan matematik itu kerana mereka bukan sahaja diajar dalam bahsa sendiri masing-masing tetapi juga sudah berkarya dalam acuan bahasa dan kebudayaan mereka masing-masing itu. Jadi sejauh mana sesuatu ilmu itu ada unsur jati diri Melayu itulah yang akan menentukan tahap keMelayuan umat Melayu amnya. Inilah maksud sebenar “bahasa jiwa bangsa” yang Dr. Mahathir tidak bersetuju atau tidak mahu menerimanya kerana besar kemungkinannya Dr. Mahahir berpendirian ilmu sains dan matematik khususnya tiada nilai kemanusiaan di dalamnya, tiada unsur kebudayaan bangsa pencipta ilmu itu dan sebagainya, atau ilmu itu neutral sahaja. Bahasa khususnya tiada peranan langsung dalam kefahaman ilmu atau pembinaan ilmu…. atau lebih jauh lagi ungkapan “ilmu dan iman tidak boleh dipisahkan”, yang bukan sahaja dipercayaai benar oleh ilmuwan Islam tetapi juga orientalis, mungkin tidak bermakna apa-apa pada Dr. Mahathir. Namun izinkan saya meneruskan lagi hujah saya ini…
Kajian ahli sosiologi ilmu pengetahuan dan ahli epistemologi seluruh dunia pun sentiasa membuktikan bagaimana alam kehidupan, kebudayaan dan bahasa seseorang sarjana itu mewarnai karya-karya sains dan matematiknya. Itulah sebabnya sesuatu konsep baru dalam sains atau matematik itu timbul terlebih dahulu di Rusia umpamanya tetapi tidak di United Kingdom, dan yang lainnya di Jepun dahulu tidak di Perancis, di AS dahulu tidak di Eropah, dan sebagainya. Newton berkarya kalkulusnya dan teori gravitinya kerana kepekaannya dan tekanan jiwanya terhadap pertelagahan gerejawan dengan ahli sains Eropah tentang pusat alam ini (Matahari atau Bumi) dan Newton mahu membuktikan gerejawan itu salah! Newton berjaya mematikan pandangan gerejawan menerusi kecanggihan matematiknya yang jarang gerejawan dapat memahaminya tetapi Newton sendiri amat tidak berpuas hati dengan teorinya yang dirasakannya menjadikan ajaran Nashora/Kristiannya tidak relevan lagi lalu beliau berusaha memperbaikinya dengan meninggalkan fizik dan menumpukan kepada kegiatan atau amalan mistiknya (semacam sufisme atau suluk) dalam Kristian dalam sebahagian besar hidupnya dengan harapan akan beroleh ilham baru lagi bagi membaiki teorinya sendiri itu. Teori Newton dibuktikan salah oleh para sarjana Eropah lain 3 abad kemudiannya (yang terkenalnya Poincare dan Einstein) atas keinsafan sarjananya terhadap nilai-nilai bangsanya. Kini sebahagiannya memang disedari oleh sarjana Islam yang insaf dengan nilai-nilai Islamnya mendapati teori baru ini pun kurang serasinya dengan Islam! Sebahagian sarjana yang teribat dengan perkembangan baru ini ialah sarjana Melayu yang mendapat pendidikan dalam acuan kebudayaan Melayu! Kalau belum jelas lagi akan peranan bahasa dan kebudyaan dalam sains dan matematik izinkan lagi saya melanjutkannya berasaskan teori terkenal, teori Einstein itu. Whitehead (ahli fizik-matematik dan ahli falsafah agung Inggeris) membuktikan Einstein membina kerangka dan konsep utamanya dalam Teori Kenisbiannya berasaskan sistem nilai, pandangan hidup dan semantik bahasa Jerman yang tidak begitu serasi dengan sistem nilai Nashora/Kristian dan bahasa Inggeris. Whitehead berjaya mengubah teori Kenisbian Einstein sehingga teorinya lebih serasi dengan ajaran Nashora/Kristian dan bahasa Inggeris! Akhirnya, Teori Kenisbian Whitehead memang dikalahkan oleh Teori Kenisbian Einstein (Teori Whitehead tidak diajar dalam fizik biasa tetapi diajar dalam kursus sejarah dan falsafah sains) tetapi itu bukan kerana salahnya teori Whitehead itu tetapi kerana sistem nilai komuniti ahli sains Barat yang jumhurnya liberal (mahu membebaskan sains dan matematik daripada agama!). Bahasa terbukti menjadi sumber ilham yang ampuh bagi seseorang ahli sains dan matematik yang mahu berkarya dengan idea yang tersendiri!
Bahasa juga mampu memberi makna baru kepada ilmu yang sedia ada atau menyerlahkan kekurangannya apabila ilmu dalam bahasa lain (Inggeris) diterjemah kepada bahasa lain lagi. Ini ialah kerana setiap bahasa membawa nilai yang tersendiri, khususnya bahasa Melayu membawa nilai yang amat berbeza dengan nilai yang dikendong oleh bahasa Inggeris, sedangkan ilmu memang sarat nilai (penuh dengan ajaran atau preskripsi makna, pertimbangan kewajaran dan sebagainya). Ambil contoh mudah tentang ganti nama “I “ pun tidak sama dengan “saya”, walaupun bagi mereka yang tahu kedua-dua bahasa ini tetapi belum mendalami kebudayaan Melayu, dua istilah ini dianggapnya sama. Semakin dia tahu kebudayaan Melayu (ilmu adab/etika dan kemanusiaan Melayu) semakin dia menyedari perbezaannya. Begitulah dengan ilmu (sains dan matematik) kerana ilmu ini datangnya daripada manusia yang mempunyai sesuatu sistem kepercayaan, sistem nilai masing-masing yang tersemat di dalam kebudayaan yang dihayatinya. Contoh ilmu Newton (Inggeris berbahasa Latin), Einstein (Yahudi-Jerman berbahasa ibunda Jerman) dan Whitehead (Inggeris-Kristian berbahasa Inggeris) di atas mungkin terlampau susah untuk dihargai. Cuba contoh lain di bawah ini.
Cuba ambil perkataan “terbaik” yang peringkat biasanya dianggap sama dengan “best”. Dalam ekonomi, pengurusan dan matematik istilah ini menjadi titik tolak pembinaan ilmu-ilmu ini atau komponen ilmu-ilmu ini kerana takrif ilmu-ilmu ini sarat dengan makna perkataan “terbaik” atau “best” ini. Umpamanya, ekonomi sering ditakrifkan sebagai ilmu selok-belok pengagihan terbaik akan kekayaan yang langka”; hukum fizik ditakrifkan sebagai “sesuatu yang meletakkan sesuatu situasi itu dalam keadaan yang terbaik”; dan matematik ditakrifkan sebagai “teknik memahami, menjelaskan, mengkaji, dan mengurus (dengan sebaik-baiknya) persekitaran tabii, sosial dan politik menerusi kaedah yang khusus”). Sebabnya terbit pelbagai takrif “terbaik” itu dalam bidang-bidang ilmu ini sepatutnya jelas kerana di kalangan bangsa di Eropah sendiri pun ada banyak makna “terbaik” itu, apatah lagi bagi orang berbahasa Melayu yang konsep terbaiknya diwarnai oleh agama Islam. Inilah yang yang dimaksudkan setiap bahasa itu mendokong nilai dan (bakal) ilmu yang berbeza. Inilah juga yang menyebabkan para ilmuwan menegaskan penterjemahan daripada ilmu daripada bahasa A kepada bahasa B (yang kita minati sekarang bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu) dapat memberi nafas baru kepada ilmu itu, iaitu dapat memberi kefahaman baru dan mengubah tafsiran ilmu itu. Sekaligus, secara tabiinya, penterjemahan sering memberi mangkin dan ilham kepada sarjananya yang kritis kepada ilmu yang sedia ada dan mengesyorkan pandangan barunya pula. Dalam contoh yang dibicarakan ini syor yang dimaksudkan itu ialah tentang konsep “terbaik” daripada kebudayaannya pula sehingga formulasi ilmu “terbaik” tidak lagi sama seiras dengan ilmu ilmu yang membicarakan “the best” itu. Memanglah, dalam bahasa Inggeris, istilah best dalam ilmu-ilmu yang tersebut di atas ditukar kepada istilah Latin, optimum, yang juga telah dijadikan perkataan Melayu (tanpa perubahan ejaan pun). Namun demikian pun sarjana yang sedar akan jati dirinya (kerana pendidikan kebangsaannya) akan menganggap “optimum” dalam bahasa Melayu tidak sama dengan optimum dalam bahasa Inggeris itu, dan oleh itu ilmu pengoptimuman atau optimisasi yang dibina oleh sarjana Alam Melayu (yang sedang dibina sekarang) akan berbeza dengan ilmu “optimization” dalam bahasa Inggeris sekarang yang sebenarnya masih mengalami perubahannya demi perubahan sistem nilai sarjananya ke atas makna “best” itu (yang sesetengahnya sedang giat mengambil makna “best” daripada ajaran agama Hindu-Buddha). Bayangkan, pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kepada anak bangsa kita dalam masa 30 tahun dari sekarang. Amatlah sukar akan kemungkinan adanya pertembungan dua budaya dalam kefahaman sains dan matematik di kalangan sarjana Malaysia seperti ini boleh berlaku seperti yang sedang berlaku (sebelum beberapa tahun ini) dalam keadaan anak bangsa kita menerima pendidikan dalam dua aliran besarnya yang sama bilangannya: aliran berbahasa Melayu (dengan tersirat nilai-nilai Melayunya) di dalam negara (sekarang sudah tidak betul) dan aliran Inggeris (dengan nilai-nilai Inggerisnya) di seberang laut. Ilmu yang sudah mula ada mengendong jati diri Melayu selama ini akan terfosil atau menguncup (mengguna istilah Sasterawan Negara, A. Samad Said).
Satu lagi isu bahasa dengan sains dan matematik ini yang perlu disedari ialah betapanya bahasa Inggeris itu telah mencorakkan dan memberi fahaman tersendiri terhadap sesuatu istilah walaupun asalnya dalam bahasa lain (Arab, Latin, Jerman atau Perancis sekadar menyebut beberapa sumber asalnya) sehingga kini istilah-istilah itu (lebih banyak) membawa nilai-nilai sekularnya atau ateisnya. Ini ialah disebabkan makna istilah-istilah sains daripada perkataan biasa Inggeris atau dikekalkan dalam Latin (atau bahsa-bahasa lain itu) yang dipilih oleh ahli sains berbudaya Inggeris itu telah berubah mengikut kehendak nilai-nilai para ahli sains berkenaan itu yang jumhurnya sekular atau ateis (tinjauan yang dibuat beberapa kali terhadap para ahli fizik teori di AS umpamanya menunjukkan kira-kira 90% daripada mereka itu ateis atau sekular). Bahasa Melayu sebaliknya masih sarat nilai dengan nilai-nilai keagamaan Islam, walaupun setengah daripada perkataan Melayu itu asalnya sarat dengan nilai keagamaan Hindu-Buddha. PengIslaman kepada perkataan-perkataan pra-Islam itu telah berlaku dengan hebatnya sejak abad ke-13 dahulu apabila orang Melayu mula memeluk Islam. Oleh itu istilah sains yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu secara tidak langsungnya (atau yang dikekalkan tetapi dengan ejaan Melayunya) mengubah kesekularan sains itu kepada yang lebih mudah diinovasikan kepada keIslaman dengan pertolongan bahasa Melayu dan kebudayan Melayu yang memang sarat dengan nilai keIslaman itu. Contohnya, istilah best atau optimum yang telah disebut dan dhurai dengan panjang lebar dia atas tadi. Kita boleh ambi perkataan lain lagi daripada sains Inggeris seperti justice (bukan dalam undang-undang sahaja) tiada konotasi keagamaan tetapi istilah “adil” sarat dengan nilai keagamaan (Islam). Begitu juga dengan
mantik tidak sama dengan logic (malah Melayu moden, lojik/logik/logika semakin berbeza maknanya dengan yang asal Inggeris/Belanda/Latin itu kerana peMelayuan-pengIslamannya menerusi pendidikan berbahasa Melayunya)
mungkin tidak sama dengan possible
harus tidak sama dengan permissible (atau must),
haram tidak sama dengan forbidden,
wujud tidak sama dengan exist,
urus tidak sama dengan manage,
tabii tidak sama dengan nature/Nature,
makhluk tidak sama dengan being atau creature,
cipta tidak sama dengan create ("atom diciptakan "tidak sama dengan atom is created) ,
jisim tidak sama dengan mass
Tuhan tidak sama dengan God… tidaklah sut senarai begini.
Jika pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bertakhta dan berdaulat nanti maka perkataan-perkataan Melayu yang contohnya di senaraikan di atas itu akan hilang terfosil atau semakin mendapat nilai baru menerusi “pengInggerisan” jiwa-jiwa Melayu yang terdidik pekat dalam bahasa Inggeris itu nanti. Malah jika Singapura menjadi contoh, dalam masa 30 tahun lagi, jika PPSMI ini berjaya atau tidak pun, akan ada sekitar 40% “orang Melayu” di rumah yang tidak lagi menggunakan bahasa Melayu tetapi menjadikan Malinglish (setara dengan Singlish di Singapura). Umat Melayu yang seperti ini tentunya tidak mungkin berkarya (kalaupun mahu berkarya dalam sains atau matematik) sebaik orang Inggeris yang dipujanya nanti. Mereka lagi tidak akan terlintas mahu atau mampu memberi cita rasa keMelayuan atau membuat inovasi kepada makna istilah sains dan matematik itu mengikut kebudayaan Melayu-Islam di rumah atau di luar institusi pendidikan formalnya (kalau itu yang diharapkan oleh Dr. Mahathir).
Yang lebih merangkumi semua perbincangan ini ialah istilah “sains” (peringkat biasa-biasa dianggap sama dengan science) dan “ilmu” (peringkat rendah dianggap sama dengan knowledge) yang sebenarnya cukup berbeza maknanya mengikut bahasa Melayu dan Inggeris sehingga menjadikan (atau berpotensi menjadikan) kegiatan ahli sains atau ilmuwan kita berbeza (dengan positifnya) daripada ahli sains dan ilmuwan berbahasa Inggeris. Jika bahasa Inggeris sahaja yang menjadi bahasa ilmu di negara kita ini, makna beransur-ansur hilanglah makna ilmu dan sains dalam acuan Melayu itu dan sekaligus kita kehilangan wadah semula jadi kita yang memungkinkan kita menjadi bangsa yang terkehadapan dalam sains dan matematik.
30. Takkanlah hanya kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan kita lupa bahasa kita, dan kita kurang Melayu.
Jawaban Shaharir:
Ulang lagi! Lagi pun berhujah dengan “tak kan”? hanya sesuai untuk bertegang urat sahaja!
Seseorang boleh berkata “takkanlah belajar sains dan matematik dalam bahasa apa-apa pun tak ada kesan apa-apa?”
Isunya cukup mudah difahami dan dibayangkan. Bagaimana boleh sesiapa pun menegaskan “dengan tidak berkerut muka sedikit pun” bahawa dasar pendidikan ilmu (lebih 60% masa pelajar sekolah belajar ilmu ini, dan kerajaan mengharapkan 60% pelajar berada di jurusan ilmu ini) tidak dibenarkan mengucap/berkata-kata dengan ratusan ribu istilah dalam bahasa Melayu yang telah dipakai sejak 30 tahun ini tidak akan menjejaskan bahasa Melayu? Seseorang dengan mudah sahaja lupa sesuatu perkataan dalam bahasa B jika dia tidak menggunakan bahasa itu beberapa tahun sahaja, sedangkan ini untuk seumur hidupnya bahkan untuk generasi demi generasi yang akan datang ini. Siapalah yang akan ingat bahkan yang ingin tahu sahaja (katalah 10 tahun sahaja lagi) jika PPSMI ini diteruskan, perkataan seperti gandaan sepunya, pembahagi terbesar, pekali, pendarab, peranti, segi empat tepat, persegi, tiga kuasa dua, punca kuasa dua sembilan, air suling, air liat, cakera padat, penyelesaian persamaan, ketaksamaan, penghampiran, pengiraan berangka, bebola, daya, kerja, tenaga, laju, pecutan, kedudukan, sesaran, zarah, pepejal, pepenjuru, kosong (malah semua nombor dan imbuhannya seperti eka-, dwi-, penta-, catur-, dasa-,…wisyi- ), abjad, nisbah, sirna,... …. ratusan istilah sains dan matematik peringkat sekolah begini .. yang bukan istilah transkripsi seperti geometri, trigonometri, fizik, biologi, matematik, silinder, komputer, vektor, magnitud, … yang mungkin mudah dikenali daripada bahasa Inggeris (tetapi dengan penuh cemikannya), tetapi besar kemungkinan orang Melayu masih itu akan tercengang dengan sombongnya terhadap perkataan seperti falsafah, kimia, aljabar, skala, sfera, norma, firma, alkhwarizmi, nodus, arka, sekunder, prisma, cas, carta, khis, kubus, … Pendek kata semua umat Melayu akan kurang keMelayuannya berbanding dengan Melayu sekarang! Apa pula tidaknya? Perbendaharaan kata bahasa Melayu hilang terfosil atau menguncup dengan pantasnya dan dengan banyaknya! Kalau tulisan Jawi menjadi ukuran dalam masa 30 tahun sahaja bahasa Melayu kehilangan ratusan ribu perbendaharaan katanya! Siapakah yang waras atau tidak taasub kepada bahasa Inggeris yang sanggup mengatakan bahasa Melayu tidak akan terjejas dan orang Melayu tidak akan hilang keMelayuannya?!
31. Mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Untuk ini sudah ada matapelajaran bahasa Inggeris.
Jawaban Shaharir:
Ini sudah lain pulak! Sebelum ini Dr. Mahathir sendiri selalu menegaskan tujuan PPSMI ialah meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di samping mempermudahkan (kononnya) pelajar menguasai sains dan matematik. Malah, selama ini setiap perbahasan isu ini jelas pihak penyokong PPSMI itu menumpukan kepada isu penguasaan bahasa Inggeris, dan kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada isu “kemampuan pelajar belajar menerusi bahasa Inggeris” yang hendak dibahas oleh penentang PPSMI. Gambaran yang diberikan oleh pihak penyokong PPSMI ialah “biarlah kalau pelajar tak berapa bagus atau gagal sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana sekurang-kurangnya mereka lebih tahu bahasa Inggeris” ; malah ada yang berpendapat (dan disiarkan dalam akhbar perdana berbahasa Inggeris) “pelajar yang dapat C sains atau matematik dalam bahasa Inggeris lebih baik daripada pelajar yang dapat A dalam mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu.”
Begitulah sampai sewelnya penyokong PPSMI ini!
32. Penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik adalah kerana ilmu ini mengguna perkataan-perkataan yang berlainan daripada bahasa Inggeris biasa. Juga ilmu-ilmu baru dalam bidang sains terutamanya diterokai dan diperkenalkan melalui kertas-kertas akademik hampir tiap hari. Dan hampir semuanya didapati di dalam bahasa Inggeris.
Jawaban Shaharir:
Dr. Mahathir membuat andaian salah ini kerana dia ingat kepada nama-nama kimia dan nama-nama ubat sahaja agaknya. Dalam Kimia sekalipun lebih banyak perkatan Inggeris biasa daripada perkataan gharib (kebanyakannya daripada Latin), malah istilah Latin itu sering tidak disebutnya misalnya Fe dibaca Inggeris sebagai iron bukannya ferum (perkataan Latin yang dijadikan istilah sains itu), PbO2 dibacanya lead oxide bukannya plumbum oxide (dalam bahasa Melayunya “timbel oksida”, malah boleh juga “timah hitam oksida”), Au tetap dibaca gold bukannya istilah Latinnya Aurum. Na dibacanya sodium bukannya Naterium. Lagi pun “bahasa Inggeris yang berlainan” itu hanya untuk tatanama kimia dan biologi sahaja yang bilangannya jauh kecil berbanding dengan perkataan atau istilah yang muncul dalam sesuatu ayat sains atau matematik yang berasal daripada perkataan biasa sahaja. Sebenarnya dalam sains dan matematik memang banyak perkataan biasa sahaja yang menjadi istilahnya cuma perkataan itu “ditambah nilai” sains sahaja sesuai dengan kehendak dan cita rasa pengasasnya. Perkataan seperti (selain daripada yang telah disenaraikan sebelum ini dalam konteks lain itu; lihat jawaban 29 di atas) normal, absolute, absorb, speed, accelerate, acceptance, accumulate, accurate, action, reaction, group, ring, field, govern, lead, dan beratus-ratus, malah ribuan banyaknya asalnya perkataan biasa sahaja tetapi telah dijadikan istilah khusus yang hanya pelajar berkenaan atau ahlinya sahaja mengetahuinya, dan mengikut ilmu yang ada sekarang hampir semuanya istilah-istilah mengikut semantik bahasa Inggeris. Semantik ini akan (semakin) berubah apabila ilmu ini diajar dalam bahasa Melayu umpamanya sehingga ilmu itu mengalamai tafsiran baru atau inovasi dan sebagainya seperti yang telah diperkatakan sebelum ini. Pendeknya, persepsi Dr. Mahathir tentang istilah sains dan matematik itu satu lagi bayangan kejahilannya sahaja.
Berkenaan ilmu-ilmu baru dalam sesuatu bidang yang Dr. Mahathir suka menakut-nakutkan orang Malaysia, iaitu kononnya muncul setiap hari dalam bahasa Inggeris telah saya jawab dalam sangkalan saya terdahulu (sila rujuk “Jawaban Mahathir” di google). Yang hendak diulangi di sini ialah betapanya Dr. Mahathir secara tidak langsungnya begitu suka merendahkan semua bangsa di dunia ini yang belajar sains dan matematik bukan dalam bahasa Inggeris yang kononnya tidak akan mampu mengikuti perkembangan ilmu sains dan matematik semasa. Inilah taasubnya beliau dengan penisbahan terhadap dirinya sendiri yang berpendidikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris (oleh itu kononnya orang berlatar belakang begini sahajalah yang boleh membaca perkembangan sains dan matematik semasa, dan baginya akan ilmu kedoktoran dan pengurusan dsbnya, dalam bahasa Inggeris); dan seterusnya membuat andaian yang amat salah terhadap semua bangsa di dunia ini yang tidak belajar ilmu dalam bahasa Inggeris sepertinya tidak akan mampu membaca sumber ilmu dalam bahasa Inggeris.
33. Kita boleh terjemahkan kertas-kertas ini. Untuk ini kita perlu penterjemah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa kita dan juga berkelulusan dalam bidang sains berkenaan. Kita tidak ada ramai orang seperti ini sekarang pun. Jika ada pun mereka tidak berminat untuk kerja ini sepanjang hayat. Apabila semua belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, di manakah akan kita cari orang yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk membuat penterjemahan.
Jawaban Shaharir:
Isu terjemahan ini telah saya jawab agak panjang lebarnya dalam jawaban saya terhadap ulasan pertamanya dahulu dan tidaklah sesuai rasanya saya ulangi di sini. Pembaca dipohon merujuknya dengan menaip “Jawaban Mahathir” pada google. Yang hendak dibicarakan di sini ialah isu persepsi Dr. Mahathir kononnya kita tidak ada ramai orang yang mampu menterjemah kerana kita menghasilkan ahli sains dan matematik menerusi bahasa Melayu sejak 30 tahun ini dan tidak lama lagi jika pendidikan sains dan matematik diteruskan dalam bahasa Melayu, maka akan pupuslah penterjemah ini; dan kononnya lagi seseorang sarjana itu tidak akan berminat untuk kerja menterjemah sepanjang hayatnya. Tahukah beliau kini pun dianggarkan sekitar 10 ribu sarjana kita yang mampu menterjemah, walaupun pendidikan mereka asalnya, sebahagian besarnya dalam bahasa Melayu? Mereka tidak menterjemah kerana dasar universiti yang dinaungi oleh kerajaan pimpinan beliau tidak menggalakkan penterjemahan! Malah Institut Terjemahan Negara yang terbentuk pada akhir-akhir hayat kePerdana-Menterian beliau (setelah desakan cendekiawan puluhan tahun lamanya!) telah diarahkan oleh beliau atau juak-juaknya untuk lari daripada tanggungjawab asal institut itu dengan tidak melakukan kerja-kerja terjemahan buku-buku teks atau karya agung sains dan matematik sebelum pun kerja-kerja ini dapat dimulakan oleh institut itu sebagaimana yang dirancangkan pada awalnya. Siapa kata sarjana yang pendidikan dalam bahasa Melayu tidak tahu bahasa Inggeris? Jika demikianlah halnya lagi sekali Dr. Mahathir menghina bukan sahaja sarjana yang berpendidikan aliran Melayu Malaysia dan Indonesia, tetapi juga sarjana di negara-negara lain seluruh dunia yang berpendidikan sains dan matematik bukan dalam bahasa Inggeris, sedangkan mereka ini tetap boleh menterjemah dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Pandangan Mahathir bahawa sarjana tidak berminat kepada terjemahan atau tidak akan melakukan terjemahan sepanjang hayatnya juga suatu andaian yang palsu. Pertamanya, beliau cuba membayangkan bahawa sarjana Inggeris sekarang tidak lagi menterjemah, begitu juga sarjana-sarjana Negara Maju lain. Lagi sekali ini kejahilannya sahaja! Kedua, dia menganggap terjemahan tidak berperanan memajukan ilmu yang sedia ada, apatah lagi memajukan bahasa bangsa yang belum begitu kaya dengan ilmu tersebut. Ketiga, beliau tidak menginsafi bahawa penterjemahan (yang tidak boleh dipisahkan dengan pentafsiran) sentiasa dilakukan oleh semua sarjana sepanjang hayatnya walaupun ilmu itu ditulis dalam bahasanya sendiri (oleh sarjana lain). Hanya sarjana yang bersara sahaja yang tidak melakukan kerja ini. Apatah lagi sarjana yang sentiasa mencari ilmu daripada bangsa lain seperti yang sepatutnya. Itulah sebabnya jurnal dalam bahasa-bahasa bukan Inggeris yang dianggap selalu mengandungi idea baru akan pastinya diterjemah oleh sarjana Ingeris seperti jurnal dari Rusia, Jepun, Ceska/Czeck, Tiongkok, Italia, Perancis, Sepanyol dan lain-lainnya. Pendeknya terjemahan memang kegiatan sarjana sebenar sepanjang hayat!
34. Dalam satu pertemuan saya telah beri contoh dalam bidang telekomunikasi, khususnya telefon sel. Kecanggihannya bertambah sepanjang masa. Ini semua adalah hasil pemahaman dalam ilmu dan teknologi "micro circuit", dalam cip, dan bagaimana menulis "software" untuknya.
Jawaban Shaharir:
Ya, teruskan…
35. Kita tidak perlu bahasa Inggeris untuk mengguna segala kemudahan dalam cell-phone. Tetapi untuk mencipta dan meningkatkan keupayaan cell-phone kita perlu ilmu yang berkenaan yang mana ilmu ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Mungkin sudah ada buku-buku dalam bahasa Melayu berkenaan sains ini tetapi saya belum jumpa buku yang boleh menolong kita mencipta alatan yang mengguna sains ini. Sehingga kita ada buku ini kita perlu buku dalam bahasa Inggeris, syarahan dalam bahasa Inggeris, tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak maka kita akan terus jadi bangsa pengguna.
Jawaban Shaharir
Lagi sekali dalam keterpesonaannya terhadap teknologi dan bahasa Inggeris yang terdedah kepadanya, dengan contohnya teknologi komunikasi khasnya fon-sel. Dr. mahathir membuat pelbagai andaian terhadap selok-belok penciptaannya, dan oleh itu banyaklah yang tersilap. Pertamanya, beliau sengaja mahu mengunggulkan bahasa Inggeris bahawa pengetahuan teknologi ini hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Dia terlupa ada banyaknya risalah penerangan dan arahan di dalam fon-sel buatan Jepun atau negara-negara di Eropah bukan dalam bahasa Inggeris pun. Keduanya, beliau sengaja membayangkan seolah-olah, sehingga kini, ilmu ini tidak ada dalam bahasa Melayu sedangkan yang menawarkan kursus-kursus ilmu yang berhubung dengan sains dan teknologi komunikasi dalam bahasa Melayu sudah wujud sejak puluhan tahun dahulu lagi (kecuali mungkin sejak kebelakangan ini kerana dasar pengInggerisan ilmu sains dan matematik beliau mulai meresap ke IPTA sejak 2003). Lagi sekali beliau mengandaikan siswazah elektronik dan teknologi komunikasi dalam bahasa Melayu selama ini tidak mampu membaca buku-buku atau tulisan ilmu ini dalam bahasa Inggeris. Ini belum lagi dipertimbangkan bangsa-bangsa bukan berbudaya Inggeris yang memang mencipta teknologi ini. Pendeknya Dr. Mahathir hanya mengada-adakan cerita sahaja bagi menegakkan dasar pengInggerisan ilmu amnya, tajaan beliau menerusi PPSMI itu. Jikalau ditanya pula pada ahli atau sarjana sebenar dalam bidang kejuruteraan atau teknologi, mereka mungkin sekali akan menegaskan bahawa penciptaan teknologi tidak pun berasaskan pada pengetahuan sains semasa. Ada puluhan contoh baru dan lama yang dapat diberikannya yang teknologi terhasil sebelum pun adanya sains tentang asas teknologi atau kejuruteraan itu (yang menjawab soalan “kenapa?” bukan “bagaimana?”). Penciptaan teknologi, sepertilah juga dengan penciptaan sains dan matematik terhasil daripada bangsa yang perihatin, peka, halus jiwanya, bukan berjiwa perhambaan dsbnya (seperti rendah diri dan tidak melihat potensi sumber ilhamnya daripada bahasa dan kebudayaan sendiri) dan sedar dan insaf akan keperluan bangsanya dahulu. Adakah dengan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu sains matematik akan dapat melahirkan generasi bangsa Malaysia yang berdaya cipta ini? Tentunya Dr. Mahathir dengan keras kepala mengatakan, ya! tetapi lebih ramai lagi, seluruh dunia ini, akan mengatakan TIDAK MUNGKIN!
36. Untuk menjadi bangsa maju kita perlu ilmu pengetahuan yang luas. Hanya boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak mencukupi untuk menjadikan kita bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain.
Jawaban Shaharir:
Setuju. Namun bukan seseorang perlu “ilmu pengetahuan yang luas”, tetapi yang lebih penting lagi iaah memastikan ramai sarjana seperti itu. Bukankah itu yang disasarkan dalam sistem pendidikan Kebangsaan sesebuah negara yang telah berjaya termasuk negara kita sebelum 2003. Dengan dasar PPSMI, jika negara yang lain dijadi ukuran, aspek pendemokrasian pendidikan akan runtuh dan oleh itu kesuakaran melahirkan ahli sains dan matematik yang agak ramai sehingga mencapai “bilangan genting” mustahil jadinya. Bukan Dr. Mahathir sahaja yang mengimpikan majunya bangsa kita. Seluruh komuniti ahli akademik UKM umpamanya berwawasan sedemikian. Untuk itu, negara-negara di Eropah memang patut menjadi model kita, kalau tak mahu model Jepun dan Korea, iaitu belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri tetapi pengajaran bahasa-bahasa lain di Eropah, khususnya bahasa Inggeris, tetap mampu menjadikan ramai bangsa yang boleh dikatakan taasub dengan bahasa sendiri ini celik bahasa Inggeris. Strategi keramat Dr. Mahathir dan pengikut-pengikutnya, kononnya, “abaikan bahasa kita ini dahulu, apabila kita maju kelak, kita baliklah kepada bahasa kita” yang seolah-olah termaktub dalam PPSMI itu tidak ada dalam kepala pemimpin Eropah ketika mereka mula mahu maju dahulu.
37. Saya sayangkan bahasa saya. Sejak 1947 lagi saya telah perjuangkan bahasa saya. Bukanlah niat saya untuk mengenepikan bahasa dan bangsa saya apabila saya buat keputusan untuk mengguna bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Niat saya ialah sebaliknya. Niat saya ialah supaya bangsa saya tidak ketinggalan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik yang begitu penting dalam menentukan maju/mundurnya sesuatu bangsa. Niat saya ialah supaya bangsa saya akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang termaju di dunia.
Jawaban Shaharir:
Ya, niat penting. Niat dan cakap manis Dr.Mahathir itu patut dipuji tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah kaedah melaksanakan dasar atau strategi ke arah tercapainya niat itu. Itulah yang dipersoalkan sekarang. Dr. Mahathir telah tersalah dasar dan strategi. Yang tinggal hanyalah niat yang nampaknya baik itu sahaja tetapi yang semakin disangsikan orang pula. Sebenarnya Dr. Mahathir jelas berubah pendirian dan pemikirannya dan sistem nilainya sedikit demi sedikit mulai tahun yang disebutnya 1947 itu terutamanya terhadap Melayu dan keMelayuan. Dia sendiri pernah mengakuinya apabila beliau ditanya tentang pendiriannya sekarang terhadap karya agungnya “The Malay Dilemma” itu. Oleh itu beliau sudah tidak boleh bawa cerita-cerita lamanya itu! Sejak 1990-an terutamanya Dr. Mahathir hanya mahu dia dikenali dan diingati sebagai bapa Industri dan pemaju bangsa Malaysia sahaja dalam acuan berbahasa dan berkebudayaan Inggeris sahaja. Bahasa dan kebudayaan Melayu khususnya tidak relevan baginya, malah dia percaya akan membantut kemajuan orang-orang Melayu.
38. Insya'allah apabila kita di masa akan datang sudah dapat mendiri tamadun Melayu yang termaju sama seperti tamadun moden yang terkenal di dunia, apabila pendita-pendita dan saintis Melayu dapat meneroka dan menyumbang kepada keilmuan sains dunia, maka pada masa itu para saintis asing akan mempelajari bahasa Melayu untuk mendapat ilmu sains sepertimana orang Arab mempelajari bahasa Yunani, Hindi, Cina, untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterokai oleh bangsa-bangsa ini; sepertimana orang Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu-ilmu sains dan matematik yang diterokai dan dikuasai oleh orang Arab pada abad ke-15 Masehi.
Jawaban Shaharir:
Ini sudah beberapa kali Dr. Mahathir berpandangan yang langsung tidak masuk akal tentang bilakah orang akan mahu mempelajari Bahasa Melayu (atau bahasa-bahasa lain sekalipun). Dia sendiri sering menegaskan beberapa kali kita (dan semua orang katanya) mahu belajar bahasa Inggeris kerana bahasa itu banyak membawa ilmu sains dan matematik. Nah, kalau ditakdirkan orang Melayu mampu mencipta ilmu mengatasi bangsa-bangsa lain kelak (menjadi peneroka ilmu itu) kerana kejayaan PPSMI, bagaimana pula Dr.Mahathir dapat mebayangkan adanya ahli-ahli sains dan matematik Melayu itu berkaraya dalam bahasa Melayu sehingga banyaklah ilmu yang di dalam bahasa Melayu? Bukankah semuanya karya orang Melayu itu pun sebenarnnya dalam bahasa Inggeris juga kerana itulah bahasa sains dan matematik yang dia tahu dan berbangga selama ini kerana menerima pendidikan dalam bahasa Inggeris sejak sekolah rendah lagi? Kalau tak ada karya dalam bahasa Melayu yang berbaloi dibaca, jadi siapalah yang mahu belajar bahasa Melayu yang tiada membawa apa-apa ilmu itu? Dr. Mahathitr sebenar hanya berkhayal di kayangan ciptaannya sendiri sahaja.
Ya memang benarlah Dr. Mahathir sebenarnya mahu maju dengan apa kos sekalipun! Waima hilang bahasa dan kebudayaan Melayu sekalipun. Malangnya, dengan dasar PPSMI tajaannya itu serta sejarah Negara-Negara Maju itu, Insya’allah dasar Dr. Mahathir itu amat tipis akan diperkenankan oleh Allah dan oleh itu bakal menjadi “harapan kosong dan sia-sia” sahaja. Malangnya lagi sekali, tersirat di sini, Dr.Mahathir mengada-adakan cerita lagi. Beliau mengandaikan selama 30 tahun ini, kerana pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Melayu, tidak ada ahli sains dan matematik daripada aliran Melayu ini berkarya di persada dunia. Seolah-olah tunggulah apabila pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini muncul ahli sains dan matematiknya, maka barulah ada sumbangan ilmu itu daripada orang Malaysia (Melayu khususnya). Kejahilan kepada status ahli sains Malaysia kini dan ketaaksubannya kepada bahasa (dan kebudayaan) Inggeris begitu luar biasa sekali! Ahli Sains Malaysia menerusi persatuan-persatuannya memang patut menyatakan kesalnya terhadap perspsepsi Dr. Mahathir ini. Pada masa yang sama, secara tersiratnya lagi, beliau merendah-rendahkan semua ahli sains dunia ini yang tidak berpendidikan aliran Inggeris! Dimanakah beliau mahu menyorok mukanya dengan kejayaan terbaru 2 orang ahli fizik Jepun yang beroleh Hadiah Nobel 2008 itu? Ini bukan kali pertama Jepun beroleh kejayaan sebegini. Sebenarnya pemenang Hadiah Nobel daripada bangsa-bangsa yang belajar sains dan matematik bukan dalam bahasa Inggeris jauh lebih ramai daripada yang belajar dalam bahasa Inggeris! Inilah juga menjadi satu sebab agaknya kenapa sarjana besar dalam bidang daya pengaryaan atau penciptaan, Edward de Bono berani mengatakan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang berdaya karya yang tinggi yang tentunya akan memanaskan cuping orang-orang seperti Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir juga cuba mengabui mata pembaca, seolah-olah sarjana pada zaman tamadun Islam dahulu berabuk bercakap dalam bahasa-bahasa ilmu semasanya (bahasa Yunani, Parsi, Hindia atau Tionghua), berkarya dalam bahasa-bahasa bukan Arab dahulu sebelum mereka ini berkarya dalam bahasa Arab. Pun begitu dengan tamadun Eropah, mereka ini kononnya semuanya membaca karya dalam bahasa Arab dan berabuk bercakap dalam bahasa tersebut, dan berkarya dalam bahasa Arab dahulu sebelum berkarya dalam bahasa kebangsaan masing-masing, dan begitu jugalahlah Jepun dan Korea agaknya (memang dia tak kata!). Hakikat sebenarnya, bagi setiap Tamadun yang beliau rujuk itu ialah wujudnya “Zaman Terjemahan” masing-masing dan sarjananya terus berkarya dalam bahasa tempatan, iaitu Latin bagi Eropah sehingga abad ke-16M bagi Perancis dan abad ke-17M bagi Jerman, diikuti oleh bangsa-bangsa lain di Eropah dan Inggerislah paling lambatnya. (Itulah satu daripada justifikasi ahli sosiologi ilmu pengetahuan menegaskan sebabnya sarjana Inggeris paling sedikit memberi sumbangan aslinya dalam sains dan matematik berbanding dengan Perancis dan Jerman). Bagi Inggeris umpamanya, sarjananya yang sering disebut amat mahir dalam bahasa Arab ialah Bacon (abad ke-14M) tetapi beliau pun tidak pernah disebut ada karyanya dalam bahasa Arab. Beliau juga tidak pernah mengesyorkan kepada kerajaannya supaya menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa sains dan matematik; dan malah tiada sebuah negara di Eropah pada zaman kemuncak tamadun Islam dahulu yang mengadakan sistem pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Arab. Bacon sendiri hanya banyak menterjemah sahaja dan menulis dalam bahasa jiwa bangsa Eropah dewasa itu, bahasa Latin. Tentang sejarah Tamadun Islam, tidaklah perlu diperkatakan lagi di sini kerana hakikatnya bahasa Yunani, Hindia atau Tionghua itu tidak pernah dijadikan bahasa perantaraan ilmu sains dan matematik pada anak bangsa tamadun tersebut! Jadi pengajaran apakah yang Dr. Mahathir dapat dan ingin sampaikan kepada pembaca tentang sejarah Tamadun Eropah dan Tamadun Islam ini, selainkan daripada mengada-adakan perkara yang tiada relevannya dengan PPSMI di Malaysia ini?
39. Inilah sejarah keilmuan tamadun manusia sejak zaman Hammurabi lagi.
Jawaban Shaharir :
Sejarah itu memang benar dan penuh pengajaran tetapi nampaknya Dr.Mahathir memilih untuk tidak mengikutinya semata-mata kerana ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris. Mungkin sekali juga kerana sejarah itu sebenarnya tidak seperti yang difahami oleh Dr. Mahathir.
%%%%%%%%%%%%14 Feb 2009%%%%%%%%