Bahana Kejahilan Muslim?
Mungkinkah ulama/ahli falsafah/sarjana Islam yang menentang TED tidak begitu tahu TDB sehingga sanggup menyanjung tinggi akan TDB tetapi dengan cukup tekalnya menentang TED (sejak zaman Darwin hingga kini, seperti yg telah dihuraikan sebelum ini. Berkenaan TED, di Barat pun memang ada gerakan menentangnya atas dasar agama Kristiannya, tetapi berbeza dengan dunia Islam, Barat memang ada kumpulan agamawannya yang menyokong kuat TED dan oleh itu sokongan mereka kepada TDB itu suatu yang tabii sahaja. Contohnya, mengikut Sethiadi (t.t) seorang gerejawan Katolik Roma yang bernama Pater Teilhard de Chardin S.J yg hidup 1881-1955 menanggap dan menganggap TED itu suatu fakta yang prinsipnya mesti dipenuhi oleh semua sains (bukan untuk sains hayat sahaja). Pada mulanya, pandangan ini tidak disenangi oleh pihak gereja Katolik Roma sehingga pada tahun 1960-an pun buku-buku beliau tidak direstui membacanya. Namun pada 23 Oktober 1996, Paus John Paul II mengeluar hukum mempercayai TED ini sebagai “mubah” (kalau mahu menggunakan istilah Islam, iaitu “harus” dalam bahasa Melayu Malaysia) kerana kononnya TED tidak lagi bertaraf hipotesis. Sepuluh tahun sebelum ini beliau juga secara rasmi memohon maaf kepada komuniti ahli sains dunia atas kesilapan gereja katholik menghukum (membunuh atau menyiksa) para ahli sains abad ke-16 hingga ke-17M itu. Pengkritiknya mengatakan semua ini berupa langkah membayar hutang atau membaiki kerosakan Katholik di mata dunia. Kemudian pihak Protestan pula mulai menerima TED walaupun tiada dikri gereja dikeluarkan kerana itulah tabii Protestan yg tiada sistem Paus itu. Lagi pun TDB itu menarik pemikiran Barat kerana selepas itu “Teori Evolusi” alam semesta berlaku (Tuhan tidak diperlukan)! Tentunya “Institut Penciptaan” dan orang TRBP di AS kecewa dengan perkara ini. Namun pendirian Katholik secara rasmi dan umumnya di kalangan gerejawannya terhadap TEv amatlah kebendaliran sebagaimana yang dipaparkan oleh seorang ahli astronomi terkenal dan kontroversi, Coyne (2005) yang menjadi Pengarah Balicerap Vatican pada masa itu. Coyne amat tegas pendiriannya menentang TRBP. Ini agak bertentangan pula dengan pendirian Kardinal bernama Schönborn yang mendakwa TEv tidak serasi dengan kepercayaan kepada Tuhan pencipta (dilaporkan dalam New York Times, 7 July 2005), yang disokong oleh Papus Benedict XI sekarang (2007). Kardinal Newman dari Great Britain pula menegaskan pada 1868 lagi bahawa TED tidak semestinya ateis. Walaupun Papus John Paul bersetuju dengan TED tetapi pendirian Papus ini terhadap TDB dan TAMbang agak kurang jelas tetapi mungkin sama walaupun beliau melarang ahli sains mengkaji ketika Deguman Besar itu berlaku! Sebaliknya, Papus Benedict tidak percaya kepada TDB seperti yang disebut sebelum ini, malah dikatakan beliau telah menyingkir Coyne daripada menjadi Pengarah Balaicerap di Vatican pada 2005 kerana kritikan sarjana ini kpd TRBP. Pendirian Papus ini terhadap TED tidaklah diketahui.
Berhubung dengan kebiasaan para “ulama Kristian” (atau qissiisin) mudah akur, tidak kesah atau mengerluk (menyorok diri) terhadap pandangan ahli sains, seorang daripada ahli matematik dan ahli falsafah agung Inggeris, Whitehead (1958:188) ada menyebut betapanya sikap itulah yang menyebabkan akhirnya merosakkan kewibawaan cendekiawan para pemikir agama Kristian. Pandangan ini mungkin semakin benar berlaku di kalangan ulama Islam juga.
Di Malaysia ini, malangnya bidang astronomi gunaan pun boleh dikatakan tiada pelajar yang meminati, walaupun kempen dan pempopularan bidang astronomi dan sains angkasa begitu hebat dilakukan oleh kerajaan. Puncanya ialah ketiadaan minat terhadap matematik yang mencukupi kerana dua bidang ini memerlukan mereka yang juga berminat kepada matematik khususnya analisis fungsian dan analisis atas manifold dan aljabar tidak kalis tukar tertib. Di UKM umpamanya, setelah 35 tahun (sejak penubuhan UKM 1970) kewujudannya tiada seorang pun pelajar DFal. dalam bidang kenisbian dan hanya mampu melahirkan seorang siswazah DFal. dalam bidang mekanik quantum. Universiti-universiti yang lain di negara ini juga berprestasi demikian. Malah bilangan sarjana di Malaysia yang pernah mendapat latihan dan masih membuat penyelidikan dalam bidang ini hanya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja, dan dengan ketiadaan pelajar mereka ini segera berpindah kepada bidang lain pula. Tidak hairanlah bidang astronomi yang dahulu menjadi milik orang Islam yang unggul, kini begitu jauh dengan umat Islam.
Bersambung dng judul "Keserasian Kosmologi Quantum dengan Islam?"

No comments:
Post a Comment