6.1. Penerowongan dalam Penciptaan Alam Semesta
Dalam kosmologi quantum (Hawking 1987,1993 dan Isham 1988), konsep penerowongan dalam MQ (zarah boleh berada di kawasan yang mustahil boleh mengikut teori bukan quantum) mengikut satu tafsiran MQ yang dinamai “Tafsiran Banyak Alam” (Shaharir 2005) diteorikan sebagai bertanggungjawab dalam penciptaan alam semesta ini. Reaksi Muslim kepada teori ini cukup pantas, iaitu serasi dengan Islam dengan bukti Ayaht al-Qur-‘aan atau sufisme (mistikisme Islam). Umpamanya “penerowongan” itu dipadankan dengan dan fenomenon ini telah dibincang dahulu.
6.2. Kembara Masa dan Teleportasi
Sejak munculnya teori kenisbian, masa dianggap bertaraf sama dengan dimensi ruang. Usaha untuk melakukan perkara ini dalam mekanik klasik pernah dilakukan oleh Shaharir (1975) dengan sedikit kejayaan sahaja dan berhenti di situ hingga sekarang. Namun kajian ketiadaan istimewa masa ini dalam MQ berterusan hingga sekarang. Kini kembara masa sepanjang zaman (termasuk kembara ke zaman telah dan kelak) mengikut MQ-nya boleh dilakukan melalui tahap kejadian alam semesta ini yang diistilahkan sebagai “Lubang Cacing” (kerana bentuknya demikian) yang mengaitkan alam semesta lani (“Lohong Putih”) dengan alam semesta kelak (“Lohong Hitam”) seperti yang diperihalkan oleh Hawking (1993). Namun Zeilinger (2000) menegaskan “Lubang Cacing” ini tidak diperlukan jika dapat dibuktikan adanya teleportasi quantum. Namun teleportasi ini hingga kini masih belum reda perbahasannya. Sekarang, yang menarik perhatian di sini ialah dakwaan Shahidan (1999a,b) bahawa fenomenon angan-angan ahli sains Barat ini sudah dicapai oleh ahli sufi yang tinggi maqamnya. Pemadanan kejayaan ahli sufi dengan ahli sains Barat ini terutamanya ketika sains Barat itu sendiri belum mencapai tahap matangnya boleh menimbulkan banyak masalahnya termasuk masalah psikologi orang Islam yang rata-rata belum ada yang menumpukan penyelidikan dalam bidang ini. Umpamanya, dengan pengakuan Hawking sendiri (menerusi TV) di International Conference of General Relativity and Gravitation, Dublin, Ireland 2004, dengan katanya, “Lohong Hitam tidak pernah menyirna apa sahaja yang gugur ke dalamnya.” dan oleh itu “Mustahil seseorang menggunakan Lohong Hitam untuk mengembara ke beberapa alam semesta lain”, maka Muslim yang pernah mengagungkan Hawking dengan teori Lubang Cacing dan Lohong Hitam itu kini “terkeseng-keseng”. Pendirian Hawking yang bertentangan dengan kepercayaannya sendiri hampir sejak 30 tahun dahulu lagi dan muncul dalam buku-buku, rakaman kuliah umumnya dan makalah beliau dengan bergayanya itu tidak menjadikan dirinya seperti itu sebab beliau memang penyelidik terkehadapan dalam bidang ini dan tidak mengekori sesiapa!

bersambung dengan "Kosmologi Islam, Melayu, Melayu Hindia-Islam dan Melayu Islam"
No comments:
Post a Comment